Portal PTD 2 & 3 Tahun 2009
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pencalonan Secara Sukarela Untuk Menjadi AJK Majlis Berbuka Puasa PTD Lantikan 2n3/2009 Bersama Pihak JPA

Go down

Pencalonan Secara Sukarela Untuk Menjadi AJK Majlis Berbuka Puasa PTD Lantikan 2n3/2009 Bersama Pihak JPA Empty Pencalonan Secara Sukarela Untuk Menjadi AJK Majlis Berbuka Puasa PTD Lantikan 2n3/2009 Bersama Pihak JPA

Post by azharmat Wed Jul 28, 2010 9:46 pm

Assalamualaikaum dan salam sejahtera kepada kawan2 batch 2n3 2009 sekalian.

Sepertimana yang dimaklumkan semasa Sesi Dialog PTD 2n3 2009 tempohari, majlis pertama yang akan dikendalikan secara bersama di antara batch 2n3 ialah Majlis Berbuka Puasa bersama JPA.

Sukacita saya maklumkan di sini bahawa majlis tersebut dirancang untuk diadakan pada minggu pertama/kedua bulan puasa. Bagi menjayakan majlis tersebut, saya (Ketua Biro Kebajikan & Kerohanian) memerlukan sukarelawan2 bagi menjadi AJK majlis tersebut. Senarai JK untuk majlis tersebut adalah seperti berikut :

i) Pengarah Majlis
ii) Setiausaha Majlis
iii) Bendahari Majlis
iv) AJK Jemputan
v) AJK Logistik
vi) AJK Food & Beverage (FnB)
vii) AJK Tugas2 Khas
viii) AJK Persembahan (Nasyid etc...)
iX) AJK Hiasan Dewan (kalau kita nak buat majlis ni kat dewan)

Senarai JK diatas adalah cadangan sahaja. Tuan/Puan/Saudara/Saudari boleh memberi komen tentang senarai JK ini. Ingin saya mengingatkan disini bahawa setiap jawatan yang dipegang akan diberi merit oleh JPA dan nama Tuan/Puan/Saudara/Saudari akan dihantar ke JPA bagi tujuan penganugerahan merit.

Diharap Tuan/Puan/Saudara/Saudari dapat memberikan maklumbalas kepada saya sebelum hari Jumaat 30 Julai 2010. Maklumbalas boleh ditujukan kepada Azhar Bin Mat email : azhar@kln.gov.my hp no : 013-3344208 dan sertakan sekali no kp dan lantikan/ambilan dan JK yang dipohon.

Jika sambutan yang saya terima untuk menjadi AJK ini kurang memberangsangkan maka saya terpaksa menggunakan kaedah PAKSARELA dimana wakil dari setiap lantikan/ambilan mempunyai kuasa melantik dari kalangan lantikan/ambilan mereka. Saya amat berharap agar cara kedua ini tidak digunakan kerana kita semua dah dewasa dan majlis ini pun untuk batch kita jugak.

Sekian. Wassalam... Very Happy
azharmat
azharmat

Posts : 1
Join date : 2010-07-23

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum